Thursday 13 October 2011

Blog Tok Wan: Apa Hikmah Apabila Bulan Menghampiri Bumi

Blog Tok Wan: Apa Hikmah Apabila Bulan Menghampiri Bumi: Bulan adalah tanda Noor Nabi SAW dan seperti yang di sebut dalam lebih 200 hadis Sahih Nabi SAW- akan tiba kedatangan Imam Mahdi (AS) Cucun...

Monday 22 August 2011

Marah

Aku rasa nak marah hari ini...
marah kat semua org sekeliling aku...
kenapa org nak benci aku???



Sunday 21 August 2011

Fuhhh....

Korang pernah tak rasa tak tau nak makan apa untuk berbuka hari ini???? Aku ada cadangan....

Tosai Budak

Kepala Buaya 3 Rasa

Nasi Goreng Tikus

Jengking Panggang

Cengkerik Goreng

Usus Lembu Sumbat

Rodensia Percik

Otak-otak???

Tikus Hutan Bakar

Aiskrim Special

Semuanya makanan pelik-pelik kat negara lain. Seharusnya kita bersyukur dengan makanan yang ada di negara kita. So, jangan memilih sangat... =)

Monday 15 August 2011

Nasihat Ayah...

11 pesanan ayah kepada kita..
  1. Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.
  2. Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
  3. Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.
  4. Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
  5. Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.
  6. Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
  7. Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
  8. Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
  9. Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
  10. Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
  11. Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.


 

Oh Ibu...


12 pesanan ibu kepada kita...
  1. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kerana kehidupan amat sukar untuk dijangkakan. Jangan sesekali membenci seseorang kerana dikhuatiri kita memerlukan pertolongannya nanti.
  2. Kepada anak perempuanku, apabila sudah besar, jangan sesekali memberikan semuanya kepada lelaki. Jagalah maruah dan kesucian dirimu.
  3. Kehidupan tidak semudah yang difikirkan. Seseorang tidak akan pernah puas di dalam kehidupannya dan berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diinginkan.
  4. Didalam kehidupan janganlah sukar untuk memberikan pertolongan. Cuba lakukan apa yang kamu mampu, untuk siapa kamu rasakan perlu, dengan apa yang kamu miliki, dan di mana kamu berada.
  5. Elakkanlah berkawan dengan orang-orang yang cuba mengajak kamu melakukan kejahatan. Jadilah diri kamu yang sebenar. Jangan biarkan orang luar untuk mempengaruhi keputusan dalam kehidupan kamu.
  6. Jika ibu marah bukan bermakna ibu benci. Tetapi kerana ibu tidak pernah cukup untuk menyayangi dirimu. Ibu akan menyayangi dirimu sepanjang hayat.
  7. Tidak kira bagaimana keadaan kewangan kamu nanti, jangan sesekali memenuhi segala kehendak anak. Kerana ia bukanlah satu cara untuk membentuk perwatakan yang baik, latih anak supaya berusaha untuk mendapat apa yang mereka mahukan.
  8. Penuhikanlah dada kamu dengan ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan.
  9. Tidak kira bagaimana ujian yang bakal kamu tempuhi nanti dalam memperlajari makna sebenar kehidupan, hadapilah ia dengan tenang.
  10. Ibu akan sentiasa bersamamu tidak kira ketika kamu sakit, susah, tua, miskin dan sebagainya.
  11. Hadiah paling bernilai yang mampu ibu berikan adalah kasih sayang ibu dan ayah kepadamu.
  12. Setiap kesulitan yang kamu hadapi pasti ada sinar cahaya di hujungnya. Asalkan kamu tidak pernah untuk berputus asa.
Syurga di bawah tapak kaki ibu


Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Ø      Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu

Ø      Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah

Ø      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø      Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø      Hari-hari sunat puasa:
a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)      6 hari pada bulan Syawal
e)      Hari Isnin dan Khamis

Ø      Hari-hari diharamkan puasa:
a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)



FADILAT SOLAT TARAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.